KEMBALIKAN MELAYU BERBUDAYA MUASAL


 Puas sudah membelek helaian-helaian fikiran orang itu dan ini

orang di

                         atas

kiri                                          kanan

                       bawah.

‘Kosong’ bertamu

tercari-cari perisai hindari ‘kosong’ itu.

BUNCAH. Benarkah budaya Melayu sudah berbaur oleh falsafah Ariel Sharon? Budaya punk dan black metal bukan bawaan Mat Salleh pembela negeri di bawah bayu. Amalan riba dan korupsi juga bukan oleh Tok Janggut sateria Pasir Puteh. Nah, dari mana usulnya?

Nyata – berasal daripada serapan pemikiran zionis yang ditatang secara sembunyi-sembunyi ke dalam negara kita, kepada BANGSA kita. Hasilnya, kita melihat masyarakat Melayu yang luka parah makin terserak luas. Virus ilusi ini meresapi minda bangsa kita. Budaya-budaya ini yang ‘mengosongkan’ kita. Kita mendirikan solat, tetapi dipandang ‘kosong’. Kita berdakwah, mengajak ke arah kebaikan, juga dipandang ‘kosong’. Kita berjihad menentang zionis, pun dipandang ‘kosong’. Mengapa? Salahkah kita cuba merubah diri, bangsa dan agama? Tidak sama sekali. Namun, rimbunan masyarakat sebangsa sudah tidak berpaut lagi pada dahan yang betul – besolat, berdakwah, berjihad. Kelekaan mereka yang MAJORITI ini menimbulkan perspektif ‘kosong’ kepada masyarakat pojok dunia. Barangkali, makalah ini juga hanya dibaca oleh bangsa kita yang tidak ‘kosong’. Wah, mereka (zionis) sedang bertepuk tangan di sana!

Segenap lapisan – pimpinan, pendidik, petani, artis, askar, siswa, bahkan pendatang asing cuma menggeleng dan menyatakan betapa tinggi ‘darjah’ MUSTAHIL untuk mengubah kondisi ini. Malah, darjah mustahil itu menghampiri nilai 360 membentuk bulatan yang mengepung, lantas mengongkong minda masyarakat Melayu.

Dalam ketidakmungkin untuk keluar dari kepompong bulatan ini, harus muncul fikiran revolusi yang bermula dari pusat bulatan. Fikiran yang tidak cuba untuk memadamkan terus garisan bulatan, tetapi mencuba untuk melebarluaskan ukur lilit bulatan. Tujuannya supaya nanti bulatan (ide Zionis) yang mengepung minda Bangsa kita perlahan-lahan pudar dan tunduk kepada fikiran revolusi ini, sebagaimana Zionis perlahan-lahan meresapi wacana bangsa Melayu. Jika mereka bertinju untuk menggugat fikiran kita, mengapa kita juga tidak membuka pencak untuk melawan kembali dan berbalik kepada muasal?

Pemikir revolusi ini harus mengangkat martabat bangsa kita yang sangat HEBAT sejak dahulu hingga SEKARANG! Jika sekarang ini kita menjuarai kejohanan statistik jenayah di Malaysia, dahulu datuk dan nenek kita juga penjenayah terbilang di negeri Melaka, menentang penjajah haloba Portugis. Dahulu, penjenayah akan dicari walau sampai ke lubuk ikan di Sungai Seludang sekali pun, hingga ditampal poster ganjaran ‘Chuba Chari Di-Mana Dia’. Namun, datuk nenek kita penjenayah yang sangat gagah menjunjung agama Islam hingga akhirnya ‘gold, gospel, glory’ hanya menjajah pada fizik, tidak pada mental dan spiritual. Ya, kita ‘masih’ hebat sejak dahulu hingga sekarang. Cuma, tidak sedikit Bangsa kita pada hari yang tersalah gerak, memilih jalan tatangan zionis yang ‘kosong’.

Bentukkan semula bulatan baharu untuk Melayu Islam saling membahu membangun adicita yang benar. Kembalikan budaya kita yang azali. Supaya nanti kita menjadi ‘penjenayah’ nombor satu memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, biar siasah, muamalat, pentadbiran dan percaturan harian.

Barangkali timbul pula persoalan, iaitu bagaimana mungkin Islam mampu berpaksi sedang kita hidup berbilang bangsa –  Melayu, Cina, India. Hal ini bukanlah masalah yang harus disegar-pugarkan. Agama Islam yang komprehensif (lengkap) sangat wajar diguna pakai oleh segenap manusiawi.

Contoh, dalam muamalat, Islam mengharamkan Riba. Pastinya pengharaman Riba tidak menjadi mudarat kepada bukan Islam. Malah sebenarnya memberi keuntungan lumayan kepada penjanaan ekonomi. Hal ini dimanifestasikan oleh pertambahan bank-bank yang berkonsep Islami, termasuk polisi insurans yang bercirikan takaful.

Contoh lagi, dalam pentadbiran, Islam menganjurkan Syura. Ahli dalam sesebuah organisasi akan bertukar pandang dalam muafakat. Ketua pula akan mempertimbangkan keputusan yang terbaik berdasarkan perbandingan impak positif dan negatif di samping bertawakal kepada Allah. Sekali lagi, Islam menganjurkan keputusan dalam MUAFAKAT, bukannya dalam kelahi dan kepentingan sekelompok sahaja seperti sosialis, liberialis dan zionisme. Hasil Syura pasti tidak akan memberi mudarat asalkan wujud ketaatan utuh kepada ketua yang benar. Inilah sebab-sebab kewajaran Islam perlu diamalkan dalam segenap pengurusan kehidupan manusia.

Jika bangkit Bangsa Melayu berbudaya muasal, maka Islam turut serta meledak memerdekakan minda daripada ilusi Zionis. Wallahu’alam.

Inilah perisai hindari ‘kosong’.

 

(Sesetengah penerangan di atas adalah atas golak akal penulis. Mungkin sahaja tidak menepati variasi ide manusia)

Ahmad Syamil Adzman,

Aktivis PEMBINA N.Sembilan

Posted on 18 May 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: