RAMADHAN: BIASA ATAU LUAR BIASA?


Image

Bulan purnama sudah mulai susut dan anak bulan baharu akan berganti. Begitulah rutin alam; malam berganti siang, panas berganti hujan. Bagi manusia yang bernafas cukup lama – bertahun-tahun lamanya, fenomena ini sudah biasa bagi mereka. Berganti-ganti sekitar sehari, seminggu, sebulan, setahun. Begitu juga Ramadhan, mengambil alih tempatnya lewat 12 purnama, sekali. Pun, kita anggap bulan ini biasa kerana menjadi lumrah alam.

Bulan Ramadhan itu dalamnya punya cita-cita, rayuan, semangat juang dan azam. Hasilnya tumbuh pokok – daunnya melebar senyum, batangnya keras usaha, akarnya sumber aspirasi, dahannya pautan ilmu, buahnya manis budi. Teladani.

Cita-cita. Kita beruntung jika dihadiahkan Ramadhan. Tidak semua insan merasa manis buah rambutan, kecuali akalnya masih berfungsi menginterpretasi rasa itu. Tidak semua juga, dapat beramal dalam Ramadhan, kecuali dengan izin Allah. Sesaat sebelum anak bulan berganti, pun belum tentu kita dihadiahkan Ramadhan. Para sahabat suatu ketika dahulu sangat bercita-cita agar disempatkan menghadapi Ramadhan atas manafaat nian merimbun. Dan kita juga, mestilah menyemai cita-cita murni agar dapat berbudi dalam bulan ini.

Rayuan. Khilaf sebagai manusia, maka pintalah keampunan daripadaNya. Kita dijanjikan keampunan sekiranya benar-benar menginsafi kekurangan diri. Ramadhan memberi kesempatan besar buat kita menyental layar bahtera agar putih kembali setelah berpanas berhujan dan membelah ombak besar.

Semangat juang. Perang Badar manifestasi semangat juang yang berpanjangan. Hanya satu per tiga laskar, sudah berhasil menjulang kemenangan. Nah pula, mereka masih berpuasa tika itu. Semuanya datang daripada Allah. Namun, tiada kejayaan jika tiada perjuangan yang ikhlas.

Azam. Mendapat anugerah gilang-gemilang setelah jayanya Ramadhan merupakan kemahuan yang dipasak dalam-dalam. Namun, dapatan anugerah sahaja belum tentu mencerminkan kita pada masa hadapan. Berazamlah untuk terus melestarikan jasa. Siapa kita nanti, selepas akhirnya Ramadhan?

Saat ini, kita di takah yang mana? Adakah fikiran sudah dialu-alu oleh kenangan – berkejar-kejaran lewat percikan bunga api dan menitip kad rindu pinta kemaafan? Atau kita sudah mula menggosok jubah, mengkaji seputar ilmu al-Quran dan mencari tamar buat berbuka nanti?

Tanamlah sebanyak-banyak benih, taburkan baja dan siram setiap hari pada Ramadhan. Usah bimbang, Syawal nanti matahari galak memancar cahaya kepada tanaman pokok kita. Daunnya melebar senyum, batangnya keras usaha, akarnya sumber aspirasi, dahannya pautan ilmu, buahnya manis budi. Dan kita buktikan kejayaan menundukkan nafsu yang angkuh.

Oleh:

Syamil Adzman

Sumber gambar:

http://www.scenicreflections.com/download/271890/Earth,_moon_and_sun_Wallpaper/

Posted on 29 June 2012, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: