Ramadhan Bulan Perjuangan


Image
Salam Ramadhan dan Salam Juang kepada semua.

Kini, kita tiba pada malam-malam akhir Ramadhan bagi 1433 Hijrah. Berbagai usaha dan amalan yg telah kita mulakan dan giatkan sepanjang 24 hari pada bulan ini. Kadang-kadang konsisten dan kadang-kadang tersangkut. Namun, apa yg penting bagi kita semua ialah semangat juang untuk meneruskan malam-malam baki Ramadhan tahun ini dengan jaya dapat diteruskan momentumnya.

Ramadhan adalah bulan perjuangan, bukan hanya bulan pembersihan diri semata-mata. Bahkan saudara sekalian, usaha-usaha untuk membersihkan hati juga memerlukan semangat juang dalam menjayakannya. Ia bukan mudah!

Mengapa Ramadhan adalah bulan Perjuangan?

  1. Kemenangan pertama umat Islam dalam sejarah dunia, sewaktu kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Siapa tak tahu Perang Badar al-Kubro? Semua antara kita tahu, dan inilah peperangan dan perjuangan mati-matian dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Peperangan yang memisahkan antara haq dan batil, memisahkan antara bapa dengan anak- semua ini dalam mempertahankan Islam di muka bumi ini.
  2. Peperangan Ain Jalut. Peperangan ini berlaku 2 tahun selepas kerajaan Abbassiah tumbang ke tangan Monggol pada 656 H. Panglima Islam ketika itu, Saifuddin Qutuz telah berjaya menghimpunkan dan mengembalikan semangat jihad di kalangan umat Islam ketika itu. Perjuangan ini berjaya mencapai kemenangan total ke atas puak Tartar/Monggol dan membuka semula Baghdad untuk kembali ke tangan pemerintahan Islam.
  3. Peperangan dalaman diri sendiri. Ketika ini, seperti mana kita sedia maklum para Syaitan telah diikat/dirantai semasa bulan Ramadhan. Yang tinggal hanyalah diri kita dengan nafsu. Peperangan depan-depan antara akal dan nafsu. Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa inilah peperangan besar bagi diri kita selain jihad di medan perang. Maka, tidak hairanlah ada di kalangan kita gagal sebelum ke medan sebenar!

Ketiga-tiga ini merupakan peristiwa dan situasi yg meletakkan bahawa Ramadhan adalah bulan Perjuangan. Tiada siapa yg boleh sangkal. Melihat Badar al-Kubro sahaja telah meletakkan persepsi kita setinggi yg boleh bahawa Ramadhan bukan semata bulan Rahmat dan Maghfirah, tetapi juga bulan jihad dan perjuangan hakiki buat kita.

Menukar paradigma biasa ke kacamata perjuangan bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri mengambil masa yang lama. Buktinya, pada tahun ini sahaja saya baru menyedarinya. Selama ini, mungki kita ‘terlalu‘ hanyut dengan fadhilat-fadhilat dan kelebihan Ramadhan sahaja, namun kita tidak melihat dari kaca mata lain pula. Kita MESTI melihat dari 360 darjah sudut pandang. Bukan 90 atau 180 darjah sahaja. Kita perlu mencorakkan cara pemikiran juang dalam diri kita.

Kerana apa? Kerana dari zaman berzaman, sejak dari 1 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah putus-putus berjuang mempertahankan Islam serta mengembangnya ke setiap pelusuk tanah Arab ketika itu. Bahkan Baginda s.a.w  telah mencapai taraf antarabangsa dalam menyebarkan Islam yg Agong ini. Perjuangan dan semangat ini diteruskan oleh para sahabat Baginda s.a.w serta para tabi’in selepasnya. Adakah ini bermaksud mahu memberi gambaran bahawa Islam bergerak atas mata pedang semata-mata? Tidak! Dan hal inilah yg menghadirkan Islam datang dengan penjelasan ‘juang’ yg sebenar;

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah: 208)

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yg sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…” (Al-Hajj: 78)

Akhirnya, terletak kepada diri kita dalam memandang jalan juang yg kita fahami dan lalui kelak…

 

Oleh,

Mohd Nor Adzim bin Shaari

Pengerusi

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Cawangan Negeri Sembilan

 

Posted on 16 August 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: