Fatwa yang dinantikan….


Image

Buat sekian lamanya, masyarakat yang prihatin dengan perkembangan sekeliling di negara ini telah menyuarakan keluhan dan kerisauan dengan permasalahan sosial dan kebejatan akhlak yang semakin subur membiak di Malaysia.

Permasalahan-permasalahan seumpama ratusan ribu kes anak luar nikah yang didaftarkan, ribuan kes buang bayi di sana sini, pertambahan kes sumbang mahram yang dilaporkan dan kes-kes lain seumpamanya adalah manifestasi daripada maksiat yang berleluasa dan dengan terbuka-luasnya pintu zina di sana sini.

Filem, video dan majalah lucah serta media elektronik yang tidak terkawal adalah di antara punca-puncanya.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah kerana telah mengambil inisiatif yang sangat baik dengan mengeluarkan fatwa pengharaman ‘Majalah Mangga’.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Image

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

Isu sekarang ini pula ialah bagaimana fatwa yang telah diwartakan ini akan dilaksanakan ?

Kita sama-sama mengharapkan agar kerajaan pusat melalui agensinya seperti KDN, Kementerian Penerangan, JAKIM dan lain-lain akan bertindak dengan lebih agresif dan efektif terhadap perlaksanaan fatwa yang telah diwartakan ini. Bukan sahaja kepada Majalah Mangga bahkan juga menutup rapat pintu zina dan maksiat daripada dilaksanakan secara terbuka dan berleluasa di negara ini, selain daripada mengambil inisiatif mendidik keseluruhan pemimpin dan rakyat jelata.

Dalam masa yang sama, pengukuhan institusi kekeluargaan dan penambah-baikan kepada sistem pendidikan di negara ini akan banyak membantu kita terhadap kejayaan pembinaan masyarakat yang sihat dan negara yang bertamadun dalam erti kata yang sebenar.

 Sumber artikel : http://zainurrashid.com/fatwa-yang-dinantikan/#more-2095

Posted on 1 September 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: