Pembentangan Kertas Kerja Himpunan Mahasiswa 2012


Image

15 September 2012, Klang- Bagi merancakkan suasana,  seorang mahasiswa UIAM, Saudara Hasan Syahidi telah membuat persembahan pidato. Ternyata pidato beliau sangat mengesani hati-hati para peserta. Pidato beliau telah berjaya mengibar semangat kepada para peserta HIMMAH. 

“Cukup! Ini bukan masanya untuk kita meratapi kelemahan. 
Ini juga bukan masanya untuk kita dibuai sejarah keagungan, 
Usah berjalan di bumi sendiri seperti lembu dicucuk hidung. 
Cukup-cukuplah dengan tarian kuda dan diperkuda. 
 
Ya, Mahasiswa jambatan pembangunan ummah bukannya diperkuda memperolokkan ummah. 
Mahasiswa sepatutnya dipimpin ketua untuk memimpin dunia bukannya dirantai pemikiran untuk merantai kematangan!” 
Usahlah  terlalu berfacebook sampai mabook, main games computer sampai tak tau apa citer.
 
Hiduplah sebagai manusia yang beragenda. Bukannya terawang-awang sehingga dipersenda.
Ambillah agenda Islam, junjunglah misi Islam. 
Bukannya menjuarai sosialisme, lantang memperjuangkan sekularisme mahupun mempertuhankan liberalisme!

 

HIMMAH diteruskan dengan pembentangan demi pembentangan. Pembentangan Kertas Kerja “Sejarah Kebangkitan Mahasiswa: Satu Analisa Kritis” dibentang oleh Saudara Aiman Faudzi, JK Kajian dan Informasi PEMBINA Pusat. Kertas kerja ini adalah hasil tungkus lumus kumpulan kajian “Sejarah Gerakan Mahasiswa” yang diketuai oleh Saudara Aiman bersama-sama mahasiswa PEMBINA. Kajian ini mengkaji aktivisme mahasiswa sejak tahun 20-an.

Kalau kita tidak memahami sejarah, mana mungkin kita mencipta sejarah– Himpunan Mahasiswa 2012

Suara mahasiswa terus bergema! Pembentangan seterusnya adalah pembentangan kertas kerja “Ancaman Liberalisme di Kalangan Mahasiswa” oleh saudara Luqman Abd Hamid, Ahli Informasi dan Kajian. Beliau menerangkan kepelbagaian ancaman yang melanda persatuan-persatuan dan gerakan-gerakan mahasiswa pada masa kini. 

Apa ciri-ciri mahasiswa masa kini? Pembentangan Kertas Kerja “Ciri-ciri Mahasiswa Pemangkin Pembangunan Negara” oleh Saudara Uzair Izzat Amir Muhammad, JK Politik Kampus PEMBINA Pusat telah menggariskan 7 ciri-ciri mahasiswa pemangkin pembangunan negara. 

    1. Beragenda dan berdisplin dalam merancang kerja.
    2. Mengambil berat isu semasa.
    3. Berusaha dalam kecemerlangan akademik.
    4. Kekuatan ruh dan akhlak yang tinggi.
    5. Berani menyampaikan pendapat dan bersaing.
    6. Kekuatan jasmani dan kesihatan.
    7. Bersedia menyumbang dan berbakti.

Jom lawati FB Rasmi PEMBINA, untuk berita dan gambar-gambar sepanjang HIMMAH

@ Liputan dari Kompleks Rakan Muda oleh Media HIMMAH. 

Artikel asal : http://pembina.com.my/pembentangan-kertas-kerja/

Posted on 17 September 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: