Kuatkan Ikatannya..


Image

Salam pertemuan,

       Salam persaudaraan,

                  Salam kasih sayang..

 

“InsyaALLAH,hari ini kita akan bermain satu permainan  ukhuwwah.Permainan berantai,yang disertai seramai 8 orang dalam setiap kumpulan.Memerlukan ingatan dan pendengaran yang jelas dan peka.” Jelas seorang fasi kepada para peserta.

 

“Emm…apa kata, anti dulu jadi orang pertama.”

“Maaf ana kurang yakin.Nanti kasihan dengan orang yang terakhir.”   Gusar hatinya memikirkan takut tidak dapat buat yang terbaik untuk akhawatnya.

“Tak apa,anti cuba dulu. Ingatan anti lebih baik daripada kami. Antikan hafaz al-quran,lebih mudah untuk anti hafaz ayat-ayat ini”.

“MasyaALLAH..ukhti, jangan terlalu mengharap.InsyaALLAH, ana cuba.”

“ InsyaALLAH,ukhti boleh!!! “ Teriak akhawat yang lain untuk memberikan semangat.

 

 Dan bermulalah permainan “ Telefon rosak “ selama 10 minit masa yang diberikan. 

Image

“Bismillahirrohmanirrohim.” Bisik kalimah jamilah ini didalam hatinya.

Diberikan satu kertas kecil yang berupa ayat yang panjang.Dan diberikan masa selama dua minit kepada setiap peserta untuk mengingatinya.

Lalu, membuka kertas yang diberikan dengan segera.

“MasyaALLAH,panjangnya ayat..Empat baris pulak tu”. Agak terkejut dengan ayat diberikan itu.

“Hmm..selalunya ayat yang diberikan  tidaklah panjang sangat.Cuma terbelit-belit sedikit.” Getus hati kecilnya.

 

“Semua saudara seislam sepatutnya saling sayang menyayangi,

Saling lengkap-melengkapi,saling menghormati,sentiasa satu hati,

Sahabat yang solehah sentiasa sukakan kebaikan, saat suka dan duka sentiasa bersama-sama.

Saya sebagai seorang sarjana muslim bersungguh-sungguh untuk turut serta ‘Meneraju Arus Mahasiswa’.”

 

Setelah habis  dua minit masa yang diberikan untuk setiap orang menghafaznya. Maka,berakhirlah permainan tersebut.

Akhirnya,tiba pada akhawat yang paling belakang sekali, ayat penuh yang diberikan semakin kabur, dan kurang jelas kerana ayat daripada akhawat yang sebelumnya juga kabur.

Dan peserta yang terakhir sekali diminta tulis kembali ayat yang dihafaz tadi.

 Image

“ Seorang sahabat seislam harus saling menyayangi,mengasihi,melengkapi,

Sahabat yang baik sukakan kebaikan,

Saya sebagai seorang mahasiswa perlu belajar bersungguh-sungguh.”

 

“ Ya Allah,betul ke ayat ni ? tulis jelah apa yang ingat“ berasa ragu dengan ayat yang diberitahu daripada akhawat sebelumnya.

Setelah tamat permainan.Jawapan-jawapan dari setiap kumpulan dibaca.Daripada jawapan-jawapan yang diberikan ada yang lari maksud daripada ayat yang diberikan dan ada juga yang hampir sempurna ayat tetapi masih ada perkataan yang tertinggal.

…………………………………………………………………………………………..

 

“ Ana fikir banyak yang kita perolehi daripada permainan “Telefon rosak “ ini.Dan ana nampak sikap kerjasama,dan kepekaan antunna dalam  permainan ini ada yang baik dan ada yang kurang.” Jelas salah seorang fasi kepada para peserta.

“Dan ana mohon wakil daripada setiap kumpulan berikan sedikit ibrah  daripada permainan tadi.” Pinta  fasi tersebut.

“InsyaALLAH,apa yang ana nampak walaupun simple tetapi kesan yang ana nampak jelas. Pertama ,untuk menyampaikan risalah yang dipertanggungjawabkan  bukanlah mudah kerana itu adalah AMANAH.Risalah itu perlulah sampai kepada maksud yang ingin disampaikan tidak boleh menyimpang dari apa yang di amanahkan sepertimana Al-Quran dan As-Sunnah.

Kedua, dengan hidup berukhuwah kita saling lengkap-melengkapi dan dengan hidup berukhuwwah juga kita boleh tahu dan boleh menilai diri sendiri melalui cerminan kawan yang baik atau buruk.Jika suka kebaikan yang ada padanya,maka itu tanda diri juga seorang yang baik.Andai sebaliknya,maka bersedia untuk berubah dan memperbaiki diri dan hati.

Ketiga, ukhuwwah itu ibarat rantaian tasbih  dan umpama satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian lain.Dan orang islam itu seperti satu badan.Jika matanya sakit,sakitlah seluruhnya.

Keempat, kita boleh lihat jiwa-jiwa mana yang ikhlas dalam memikul tanggungjawab yang diberi,sama ada bersikap sahaja iaitu menganggap ‘telefon rosak’ sebuah permainan yang diada-adakan untuk mengisi masa lapang,lalu dia sengaja merosakkan struktur ayat yang diberi tanpa memikirkan perasaan orang terakhir dalam permainan tersebut ataupun merasakan walaupun ia adalah sebuah permainan namun sikap tanggungjawab kepada ahli kumpulan dianggap seperti mad’u –mad’u yang dahagakan ilmu-ilmu yang dapat memberi manfaat kepada mereka”.

Tampil salah seorang wakil kumpulan memberikan pandangan.

……………………………………………………………….

 

“Alhamdulillah,moga ibrah yang antunna dapat ini diamalkan walau ia sekadar permainan. Permainan ini secara tersirat boleh merubah persepsi hati seseorang. Dan moga rantaian ukhuwah ini menjadikan tarbiyyah antunna lebih mantap dan success.”

Dan diakhiri program tersebut dengan bacaan doa rabitah.

 

Oleh,

Anis Sakinah bte Mohd Abd Rahim,

Aktivisme PEMBINA Negeri Sembilan,

Pelajar tahun 3,

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah,

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Posted on 2 October 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. sggh mendidik jiwa..n saling mengingati apa yg terlupa n menyesali apa yg dh dilakukan samaada sengja ataupn tdk..tq nis..bg nsiht.

  2. Kita sama-sama beringat insyaAllah. Barikillahufiki..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: