Surat Ucapan Tahniah Kepada MPP USIM


Image 

Sdr. Mohamad Razif b. Mohamad Fuad,

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

TAHNIAH BUAT PIMPINAN BARU MAHASISWA USIM

Assalamua’laikum wbt.

Merujuk perkara di atas, pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Sembilan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua lantikan baharu, bagi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2012/2013. Tahniah juga diucapkan atas kelangsungan piliharaya kampus dalam suasana yang aman dan harmoni, sesuai dengan tatacara yang digalakkan oleh Islam.

2.         Menurut laporan, sebanyak 6533 pemilih atau 85.16% di kalangan pelajar Sarjana Muda, Sarjana dan PhD telah keluar mengundi dalam pilihanraya kampus yang lepas. Hal ini menunjukkan bahawasanya warga USIM sedar akan kepentingan untuk memilih pemimpin mereka yang dipercayai mampu untuk menjadi wakil, membela dan menjadi suara pelajar dalam menyampaikan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di dalam atau luar kampus kepada pihak pimpinan tertinggi universiti.

3.         PEMBINA juga mengalu-alukan kerjasama antara barisan MPP USIM yang baharu dengan PEMBINA cawangan Negeri Sembilan dalam menggencarkan amal dan dakwah kampus di USIM. Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara dan saling tolong serta membantu dalam membina mahasiswa/i yang mantap serta menjadi harapan buat agama, negara dan bangsa.

Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM yang baharu dan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas masing – masing.  Kami mendoakan agar barisan kepimpinan MPP yang baharu ini terus cemerlang dalam merealisasikan visi dan misi universiti menerusi proses pembangunan jiwa dan akal mahasiswa USIM secara keseluruhannya.

Yang Benar,

……………………………………………………

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
Pengerusi,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) 
Cawangan Negeri Sembilan.

Posted on 23 October 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: