Dakwah itu cahaya..


life in the darkness

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Bukan mudah menanam benih dan mengharap ia subur andai tidak dibaja dan dijaga dengan sesungguhnya. Apatah lagi benih itu bukan dari baka yang baik dan elok. Pasti memerlukan usaha yang bukan sedikit.

Begitulah juga dengan pembentukan jiwa seorang muslim. Menanam fikrah dan menjadikan ia sebati dalam diri seorang manusia bukan semudah yang disangka. Perlu kepada kesungguhan dan perancangan yang teliti ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerakan. Ramai yang berkata,’mengapa perlu bersusah mencari jiwa untuk ditanam fikrah Islam itu, sedangkan jiwa sendiri belum tentu.’ Mementingkan diri tidak seharusnya ada pada roh seorang muslim apatah lagi terdapat dalam dirinya keinginan memegang title ‘mukmin’ yang sejati. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Hujurat:

…إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara…

(Al-Hujurat:10)

Maka jika orang mukmin itu diertikan sebagai saudara, wajarkah saudaranya dibiarkan dalam kegelapan dan kezaliman sedangkan dia telah diberi cahaya dan petunjuk oleh Nya? Di dalam hadith Arbai’n, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم أن النبي صلى الله عليه وسلم  قال:  (لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه)

 رواه البخاري ومسلم .

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Tiada ganjaran yang berbaloi untuk diharapkan melainkan daripada Allah jua sebaik-baik balasan.

Kesedaran yang telah ada untuk mengajak manusia bersama-sama meninggikan kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah’ tidak akan mampu digapai andai tiada padanya perancangan yang baik dan tersusun. Saidina Ali r.a pernah berkata:

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

Jika kita mampu melaksanakan urusan dunia dengan tertib dan tersusun bahkan membuahkan hasil dan produktiviti yang sangat memberangsangkan, mengapa tidak diaplikasikan juga di dalam urusan yang lebih menjamin kehidupan di akhirat nanti. Pasti kesannya juga sangat efektif.

Allah s.w.t menyukai manunusia yang bersungguh-sungguh dalam urusannya. Kesungguhan dalam mengajak manusia ke jalan cahaya menuntut pengorbanan air mata dan darah dan terkadang nyawa menjadi taruhan. Apakah mungkin dengan iman yang rapuh mampu membentuk peribadi sehebat Salahuddin Al-Ayyubi? Tepuk dada tanya iman.

Jika sudah menjadi cahaya, jadilah yang paling terang di antara yang terang.  Moga setiap langkah dalam reda-Nya.

Oleh:
Nurul Ainatul Mardhiah bte Md Khair,
Aktivis PEMBINA NEGERI SEMBILAN,
Tahun 3, Pengajian Quran dan Sunnah,
USIM
 
*Tulisan-tulisan beliau yang lain juga boleh didapati di http://cahayahidup91.blogspot.com/

Posted on 10 December 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: