Ikhlaskah aku?


Image

Ikhlas adalah satu perkataan yang sinonim dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Dalam apa sahaja perbuatan dan perkataan kita sering kali diingatkan untuk ikhlas. Namun apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas yang sebenar dan apakah amal (perbuatan) dan perkataan yang kita lakukan selama ini adalah benar-benar ikhlas?

Definisi Ikhlas

Etimologi(bahasa) ikhlas bermaksud memurnikan sesuatu dan membebaskannya dari selainnya. Sesuatu disebut ikhlas apabila terbebas dari kotoran, aib dan tidak bercampur dengan sesuatu apapun sehingga ikhlas disebut sesuatu perbuatan yang terbebas dari kotoran atau campuran.

Manakala secara terminologinya(istilah) ikhlas bererti memurnikan dan membebaskan seluruh amalan peribadatan dari segala bentuk kotoran yang dapat merosakkan kemurniannya dan menodai keikhlasan kepada Allah ta’ala, sehingga amalan tersebut hanya ditujukan untuk mengharap pahala Allah ta’ala semata.

Ataupun definisi yang lebih mudah lagi ikhlas bermaksud apabila seorang hamba melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi larangan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah mendifinisikan ikhlas di dalam ucapannya yang berbunyi, “yang saya meksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh Muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu, dia akan menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.

Musuh atau lawan kepada ikhlas ialah riya’ dan sum’ah. Riya’ ialah seseorang yang melakukan suruhan agama dan meninggalkan tegahannya semata-mata untuk dilihat oleh orang lain manakala sum’ah pula ialah seseorang yang melakukan suruhan agama dan meninggalkan tegahannya semata-mata untuk didengar oleh orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Hadith di atas menjelaskan bahawa sedikit riya’ itu merupakan syirik yang tersembunyi di dalam hati. Namun , fokus utama artikel ini ditulis bukanlah ingin membincangkan berkaitan dengan riya’ tetapi berkaitan dengan ikhlas.

Dalil-dalil Ikhlas


Al-Quran

  1. “Sesungguhnya aku diperintahkan menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama.” (Az-Zumar:11)
    1. Iblis menjawab, “demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka”. (Sa’d:82-83)

Hadith

 

  1. Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang berhijrah karena mencari dunia atau karena ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang dia tuju. (HR. Bukhari 1/3 dan Muslim 10/14).
  2. Seorang lelaki bertanya kepada Rasululluh S.A.W,”Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda tentang seorang yang keluar dari rumahnya untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?” Nabi menjawab, “Tidak ada apa-apa.” Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap sama.Kemudian Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal kecuali yang amal yang dilakukan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah”(HR An-Nasai)

 

Kedudukan Ikhlas

Ikhlas adalah tonggak keberhasilan dan kesuksesan di dunia dan akhirat. Kedudukan ikhlas bagi suatu amalan layaknya fondasi sebuah bangunan, laksana ruh bagi jasad. Suatu bangunan tidak akan mampu berdiri kokoh dan berfungsi kecuali dengan memperkuat fondasi dan menghilangkan segala cacat yang menempel pada bangunan tersebut, maka demikian pulalah suatu amalan yang tidak disertai keikhlasan laksana bangunan yang goyah. Kelangsungan hidup suatu jasad sangat bergantung kepada ruh, demikian pula dengan kelangsungan hidup suatu amalan -yang dilakukan demi memperoleh balasan-Nya-, sangat bergantung pada keikhlasan dalam amalan tersebut. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah ta’ala dalam kitab-Nya yang mulia:

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَم مَّنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىَ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Maka Apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan Dia ke dalam neraka Jahannam. dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.” (QS. At-Taubah: 109)

Allah ta’ala telah menjadikan seluruh amalan orang-orang kafir sia-sia dan tidak bernilai sama sekali, karena amalan tersebut kosong dari unsur tauhid dan ikhlas kepada-Nya. Allah ta’ala berfirman:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا

“Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (QS. Al-Furqaan: 23)

Ikhlas merupakan salah satu fondasi tegaknya agama Islam di samping fondasi lainnya, yaitu menjadikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai satu-satunya suri tauladan. Oleh karenanya, Fudhail ibn ‘Iyadh ketika menafsirkan maksud dari firman Allah أَحْسَنُ عَمَلاً yang terdapat dalam surat Al-Mulk ayat 2, beliau berkata, أخلصه وأصوبه, maksudnya adalah yang paling ikhlas dan yang paling benar. Kemudian para sahabatnya bertanya pada beliau, “Wahai Abu ‘Ali apakah yang dimaksud dengan paling ikhlas dan paling benar?”. Maka beliau berkata, “Sesungguhnya suatu amalan walaupun dikerjakan dengan ikhlas namun tidak benar maka tidak akan diterima oleh Allah. Begitu pula sebaliknya, apabila amalan tersebut dikerjakan dengan benar namun tidak ikhlas, maka tidak akan diterima pula. Maksud ikhlas adalah, hendaknya amalan itu ditujukan hanya kepada Allah semata dan yang dimaksud dengan benar adalah amalan itu sesuai dengan tuntunan Nabi s.a.w.

Pensyarah kitab Aqidah Thahawiyah berkata: “Ada dua jenis tauhid, yang dengan melaksanakan keduanya seseorang mampu selamat dari adzab Allah, yaitu mentauhidkan Allah subhanahu wa ta’ala dan memurnikan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w.

hendaknya dijadikan sebagai satu-satunya panutan dalam berhukum, ketaatan dan ketundukan, sebagaimana Allah harus diesakan dalam segala bentuk peribadatan, ketundukan, penghinaan diri, tawakkal dan inabah (taubat)”.

 

Syarat-Syarat Ikhlas

Amal Hati (Niat)

Keihkalasan letaknya di dalam hati dan hanya mampu diukur oleh tuan punya hati. Maka nilai keikhlasan tidak boleh diukur oleh individu lain, demikianlah juga sifat riya’ atau sum’ah. Jika diragui keikhlasan seseorang, maka sikap yang benar ialah berbicara dan memperingatkan tentang keikhlasan secara umum, tanpa mengkhususkannya kepada individu terbabit.

Pada waktu yang sama, oleh kerana keikhlasan ialah amal hati, maka ia tidak perlu disyaratkan dengan lafaz tertentu pada lisan. Ini kerana kita tidak perlu memberitahu kepada Allah apa yang sedia diketahui-Na di dalam hati kita. Selain itu, jika lisan melafazkan keikhlasan sementara hati membisikkan pujian orang, maka yang diambil kira oleh Allah ialah bisikan hati. Atas dasar inilah kita mendapati Rasulullah S.A.W tidak pernah mengajar umatnya melafazkan niat manakala para ulama’ yang teliti berulangkali membetulkan amalan masyarakat yang mensyaratkan lafaz niat secara lisan.

Amal Yang Sahih

Ini merupakan syarat yang kedua dalam menghadirkan ikhlas dalam diri. Apa yang dimaksudkan dengan amal yang sahih ialah amal yang selari dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Sebagai contoh, jika seseorang itu ikhlas dalam menunaikan sembahyang tetapi cara sembahyangnya salah, maka ia tidak diterima oleh Allah. Demikian juga jika seseorang itu mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul, namun tidak ikhlas, maka ia juga tidak diterima oleh Allah.

Justeru, ikhlas dan amal yang sahih memang tidak dapat dipisahkan. Maka dalam kita melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi larangannya, kita hendaklah memastikan sama ada ia betul-betul dituntut atau ditegah.

 

3 Fasa Ikhlas

  1. Sebelum beramal : kita hendaklah memastikan apa sahaja yang kita lakukan dimulai dengan niat yang ikhlas dan amal yang akan dilakukan adalah amalan yang sohih bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  2. Semasa beramal : kita perlulah memastikan semasa beramal keikhlasan kita melakukan sesuatu amal itu terjaga kerana bimbang akan timbul bisikan hati yang akan mempengaruhi keikhlasan dalam diri. Pujian atau kritikan orang lain semasa beramal merupakan faktor yang berbahaya pada fasa kedua ini.
  3. Selepas beramal : fasa ini merupakan fasa yang paling sukar kerana fasa ini sangat panjang. Dan fasa ini selalu diabaikan oleh orang lain. Kita perlulah memastikan keikhlasan yang dimulakan pada fasa pertama dan kedua dijaga. Sebagai contoh, kita melakukan derma. Fasa pertama dan kedua dilepasi dengan baik. Tetapi sangat membimbangkan seandainya pada fasa ketiga amal yang dilakukan rosak kerana selalu menjadikan sebutan orang ramai dan timbul perasaan riya’ dalam diri sendiri.

Jadi, perlulah diingatkan kepada diri kita sendiri mengenai ketiga-tiga fasa supaya kita dapat melaluinya dengan baik dengan harapan semoga semua amalan kita diterima oleh Allah.

 

Ikhlas dan 4 Jenis Golongan

  1. Terbaik – iaitu orang yang beramal dengan ikhlas lalu dia memperoleh pelbagai manfaat disebalik amalannya itu sehingga akhirnya menjadikan dirinya bertambah-tambah ikhlas.
  2. Beruntung – orang yang pada awalnya tidak ikhlas dengan beramal namn akhirnya setelah beramal dia menemui pelbagai manfaat dari amalannya itu sehingga dia meneruskan amalan itu dengan hati yang ikhlas.
  3. Rugi – orang yang pada awalnya ikhlas namun semasa dan selepas beramal manjadikan hatinya berubah untuk meraih pujian orang atau mengharapkan keuntungan duniawi.
  4. Menzalimi diri sendiri – orang yang pada awalnya tidak ikhlas melakukan amal tersebut dan semasa dan selepas melakukan amal tersebut menjadikan hatinya bertambah-tambah tidak ikhlas semata-mata kerana pujian orang atau keuntungan duniawi.

Adakah diri kita mahu menjadi orang yang rugi dan menzalimi diri sendiri? Sebolehnya kita hendaklah menjadi orang yang terbaik dan setidak-tidaknya kita mestilah menjadi orang yang beruntung.

Ikhlas itu boleh diibaratkan sebagai gula yang dilarutkan di dalam air. Molekulnya tidak kelihatan tetapi manisnya dapat dirasa. Bertapa sukarnya menilai dan mencari keikhlasan di dalam diri. Seharusnya kita sentiasa memuhasabah diri dan sentiasa mentajdid niat agar segala amal yang dihisab diterima di sisi-Nya. Wallahu’alam.

Oleh:

Siti Nurunnajwa bte Shamsuddin

Aktivis PEMBINA NEGERI SEMBILAN

Tahun 3, Pengajian Fiqh dan Fatwa

USIM

 

Posted on 9 March 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: