JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH ARUS SISWA(JELAS)- Forum liberalisme (tuntutan atau ancaman)


 LIBERALISME.

Virus baru menyerang Malaysia.

Satu virus aneh telah menyerang Malaysia baru-baru ini membuatkan mereka yang terkena virus ini telah mengalami gejala-gejala berikut:

1. Mentafsir agama dan Al-Quran mengikut tafsiran akal sendiri.
2. Merendahkan martabat golongan orang yang belajar agama.
3. Hilangnya rasa bangga menjadi Muslim dan merasakan bahawa memiliki sifat kemanusiaan itu lebih agung dan diterima daripada memiliki sifat seorang Muslim.
4. Merasakan semua agama patut mendapat hak yang sama rata.
5. Hilang rasa sayang kepada umat Islam kerana terlalu simpati dan menyayangi orang bukan Islam.
6. Merasakan semua agama itu betul, Cuma perlaksanaannya sahaja berlainan. Beranggapan tak perlu mana-mana agama menaungi agama yang lain.
7. Tidak rasa Islam perlu ditegakkan, tetapi semua manusia perlu memperjuangkan hak masing-masing dan membina masyarakat madani yang sama-sama mendapat hak pada kadaryang sama, tiada keistimewaan antara orang Islam berbanding orang bukan Islam.
8. Kefahaman bahawa murtad itu selari dengan hak asasi manusia bebas menentukan apa yang nak dipegangnya, walaupun dia sudah masuk Islam dia bebas untuk berfikir dan keluar dari Islam.
9. Menganggap agama adalah hak peribadi dan tidak perlu dipaksa perlaksanaannya ke atas manusia yang lain, justeru menentang perlaksanaan hukum Islam dengan kuasa.
10. Mengutamakan kata-kata/ quote orang bukan Islam dalam membina kefahaman akidah dan persepsi terhadap kehidupan berbanding kata-kata Nabi SAW, sahabat, salafussoleh dan orang Islam itu sendiri. Ia boleh membawa kepada kecelaruan akidah kerana kita mejadikan orang itu sandaran pegangan hidup.
Virus ini kian menular di semananjung tanah air dan kini telah menyerap masuk dalam gerakan-gerakan mahasiswa, NGO dan parti-parti politik di Malaysia. Jika terdapat tanda-tanda diri anda terkena serangan virus yang berbahaya ini, anda dinasihatkan mengunjungi mana-mana pejabat agama atau NGO yang memperjuangkan agenda Islam untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan lanjut demi menyelamatkan diri anda dari kebinasaan di akhirat kelak.

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda dijemput ke Program Jelajah Arus Siswa (JELAS) bagi mengupas isu ini dengan lebih mendalam dalam memahaminya sebagai satu tuntutan atau ancaman.

Jumpa di sana!

Image

Image

ImageJELAS 3_3

Posted on 17 April 2013, in Hebahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: