‘WELCOMING BBQ’ MERAIKAN KEHADIRAN PELAJAR BARU.


Image

Nilai – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan program Welcoming BBQ pada 8 Jun lalu.

Program yang berkonsepkan santai itu menerima kehadiran lebih kurang 75 orang beliawanis dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara objektif utama program ini adalah untuk menyambut dan mengalu-alukan kehadiran pelajar baru Tamhidi ke USIM disamping dapat merapatkan ukhuwah dan memenuhi keperluan fizikal dan rohani. Pada masa yang sama dapat membentuk akal dan tubuh badan yang sihat dikalangan peserta melalui aktiviti riadhah yang dilakukan.

Pengisian ‘Starting Step & Are You Ready?’ telah disampaikan dengan menarik oleh Saudari Amalina Amirah bt Ghazali dengan sebuah perkongsian mengenai persediaan menghadapi cabaran pembelajaran di kampus dan tips-tips mengatasinya.

“Umur seseorang itu pendek, setakat 60-70 tahun. Tapi, umur ummah dan perjuangan Islam itu panjang selagi Allah mengizinkannya berada di atas muka bumi Allah ini. Jadi, nilai diri kita akan lebih tinggi bila kita hidup untuk ummah berbanding kita hidup hanya untuk diri sendiri,” begitulah antara kata-kata pembakar semangat kepada peserta untuk memperbaharui niat dalam menuntut ilmu.

Antara respon positif yang diterima dari peserta adalah agar program seperti itu diteruskan lagi pada masa hadapan. Program yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang ini turut diisi dengan senaman ringan, pengisian, perkongsian, dan jamuan makan bersama-sama aktivis PEMBINA Negeri Sembilan.

 

Posted on 11 June 2013, in Aktiviti. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: