‘XPDC Dinihari ‘ membawa penghayatan Isra’ & Mikraj.


 

Image

 

Broga – PEMBINA Negeri Sembilan telah mengadakan ‘XPDC Dinihari’ ke Bukit Broga pada 7 hingga 8 Jun yang lalu. XPDC berbentuk santai tetapi mempunyai pengisian di setiap akiviti yang dilakukan.

Antara aktiviti menarik adalah, peserta telah berkumpul dan bermalam di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih. Kemudian, seawal 4.30 pagi, mereka telah memulakan pendakian ke Bukit Broga, dan para peserta berpeluang menunaikan solat subuh berjemaah di puncak bukit, disamping dapat bersama-sama mentadabbur alam. XPDC telah berakhir dengan aktiviti ukhuwwah di Sungai Tekala.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai XPDC ini yang terdiri daripada ahli PEMBINA kawasan Nilai dan PEMBINA kawasan Seremban.

“Program ini berbentuk santai dan lasak tapi penuh dengan input ilmiah seperti perkongsian ketika sesi tadabbur alam iaitu sewaktu di atas Bukit Broga dengan memerhatikan keindahan kejadian terbitnya matahari dan suasana pemandangan dari atas bukit di waktu awal pagi sebelum terbit fajar. Antara input ilmiah yang lainnya adalah penceritaan bagaimana peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku dan intipati penting daripada peristiwa ini kepada umat islam adalah berkenaan pensyariatan solat itu sendiri dan bagaimana pentingnya peristiwa ini dari sudut peranan Nabi Muhammad s.a.w dalam meneraju da’wah umat akhir zaman ini”. Berikut adalah respon daripada peserta yang menyertai XPDC tersebut.

Pengisian akhir bertajuk ‘Antara Ijazah dan Risalah’ daripada Ustaz Razman menyatakan “Kita seharusnya meletakkan dan menyusun sekian banyak kemahuan yg kita inginkan dalam hidup ini supaya selari dengan kehendak dan keutamaan yang dituntut syara’ sebagai bekal di akhirat nanti, mengatasi kemahuan isi dunia semata”. Begitulah antara kata-kata pembakar semangat kepada peserta untuk memperbaharui niat dalam menuntut ilmu.

 

 

Posted on 13 June 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: