Ujian? Allah kan ada…


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta tidak dilupakan kepada para sahabat dan ahli keluarga baginda SAW, semoga Allah merahmati mereka semua.

Image

Dalam meniti kehidupan, kita sememangnya tidak dapat lari daripada menerima ujian, cabaran mahupun musibah daripada pencipta kita, iaitu Allah SWT. Ujian boleh jadi berupa teguran atau satu bentuk kasih sayang daripada Allah SWT, bergantung kepada bagaimana kita menyingkapinya, sama ada dengan hati yang bersih atau dengan hati yang keruh dengan noda hitam. Hanya insan yang berhati bersih mampu memandang setiap ujian yang Allah berikan kepadanya sebagai bentuk kasih sayang Allah terhadap dirinya. Tidak kiralah serumit manapun ujian yang datang, dia yakin bahawa Allah sedang mentarbiyah dirinya supaya menjadi lebih baik daripada episod-episod kehidupan yang sebelumnya. Manakala, bagi seorang insan yang berhati keruh, dia akan menganggap setiap ujian yang hadir merupakan bencana yang tidak ada hujung penyelesaian masalahnya, sehingga timbul rasa cemas, gelisah, dan tidak tenang.

Rahsia Allah, tiada siapa pun yang mengetahui. Begitu juga dengan ujian yang Allah timpakan ke atas setiap makhlukNya, ada rahsia disebaliknya. Sesungguhnya Allah mempunyai alasan mengapa Dia menimpakan ujian kepada hamba-hambaNya. Ujian bukan semata-mata kerana Allah ingin memberikan teguran, tetapi apa yang perlu kita yakini adalah ujian merupakan bentuk tarbiyah daripada Allah kepada diri kita dan juga merupakan satu platform untuk mencapai martabat sebagai seorang yang beriman kepada Allah, sepertimana yang tertulis di dalam ayat ini:

 أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al Ankabut, 29:2)

 

Oleh yang demikian, pandanglah ujian itu sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Memiliki semua penyelesaian kepada setiap masalah yang melanda hidup kita. Ujian yang datang membuktikan bahawa diri kita ini begitu lemah, sehingga kita sangat memerlukan pertolongan Allah SWT. Kita juga perlu ingat bahawa ujian yang datang bukan kerana Allah benci kepada kita, tapi menunjukkan Allah sayang kepada kita.

Mari kita renungkan firman Allah SWT yang begitu indah ini,

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ – وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ – الَّذِى أَنقَضَ ظَهْرَكَ – وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ – فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً – إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً – فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ – وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu? Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. (As Syarh, 94:1-8)

Melalui surah ini Allah SWT ingin mengingatkan kepada kita tentang janjiNya bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Jadi, kita harus yakin Allah akan memberi kita kemudahan untuk melalui ujian yang datang daripadaNya.

Jadi, biar apapun ujian yang datang melanda, yang penting, letakkan sepenuh keyakinan padaNya dan jangan ada sekelumit pun rasa ragu akan pertolongan daripada Allah.

Akhir sekali, semoga perjalanan hidup kita sepanjang menuju ke bulan Ramadhan nanti dapat kita isi dengan perkara-perkara yang mempersiapkan kita untuk masuk ke bulan yang penuh barakah itu dengan keadaan yang bersih supaya lebih banyak lagi pahala dan keberkatan yang dapat kita kutip yang akhirnya menjadikan kita seorang muslim dan mukmin yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekian.

Oleh:
Solehah bt Ubaidillah,
Aktivis mahasiswa PEMBINA N9.
Tahun3, Program Fizik Gunaan,
Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Posted on 19 June 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: