Iftar Sukarelawan PEMBINA Bersama Imam Gaza.


Image

Seremban – Bagi menghargai sukarelawan Aman Palestin yang terdiri daripada Unit Bakti PEMBINA, satu Majlis Iftar Sukarelawan PEMBINA bersama Imam Gaza, Syeikh Ammar Azmi Rafati yang juga merupakan Imam Masjid Solafussoleh, Gaza, Palestin telah diadakan pada 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H bertempat di Pejabat Aman Palestin Negeri Sembilan. Program ini telah dianjurkan oleh Aman Palestin Negeri Sembilan dengan kerjasama PEMBINA Negeri Sembilan.

Majlis ini telah berjaya menghimpunkan seramai 20 orang belia dan 26 orang beliawanis yang terdiri daripada sukarelawan PEMBINA dari pelbagai IPT seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Uniti, UiTM Kuala Pilah, dan lain-lain.

Bermula dari pukul 6.00 petang, para sukarelawan telah berkumpul di Pejabat Aman Palestin Negeri Sembilan untuk mendengar pengisian rohani daripada Syeikh Ammar Azmi Rafati dan pengisian telah diterjemahkan oleh Ustaz Isfahmi bin Mohamad Nordin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah bersama Syeikh Ammar.

Pengalaman dari Gaza sangat memberi peransang agar rakyat Malaysia mempelajari setiap ibrah dan bersama-sama mengambil teladan yang baik daripada setiap peristiwa yang berlaku di sana” begitulah antara respon positif yang diterima daripada sukarelawan yang hadir.

Di akhir pengisian, Syeikh Ammar Azmi Rafati telah mengingatkan para sukarelawan PEMBINA Negeri Sembilan bahawa Isu Palestin bukan isu semasa, tetapi ia adalah isu ummat Islam seluruh dunia.

Image

*PEMBINA telah menandatangani MOU dengan pihak Aman Palestin Berhad sebagai satu langkah strategik dalam memberi ruang kepada para belia tempatan, khususnya belia ipt untuk melibatkan diri secara langsung dalam menyampaikan isu Palestin kepada masyarakat. Antara komitmen pihak PEMBINA adalah dengan menyalurkan tenaga ahlinya melalui Unit Bakti PEMBINA untuk terlibat sebagai Sukarelawan Aman Palestin dalam membantu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Aman Palestin Berhad samada di peringkat cawangan mahupun pusat. 

Disediakan oleh: 

Norimah binti Mt. Yusoff,

JK Media PEMBINA Negeri Sembilan.

 

Posted on 3 August 2013, in Berita Ahli. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: