Perutusan Aldilfitri 1434H oleh Pengerusi PEMBINA Negeri Sembilan


Image

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd,

 Segala puji dan syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia dan memberi peluang kepada kita untuk menempuh bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita diberi peluang olehNya untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

Diharapkan tempoh sebulan yang telah dilalui sepanjang bulan Ramadhan telah berjaya mendidik jiwa dan nafsu ke arah menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa seperti firman Allah swt: –

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Semoga amal-amal yang baik yang telah menjadi amalan sepanjang bulan Ramadhan dapat terus diamalkan pada bulan-bulan yang akan datang.

Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai tanda meraikan kemenangan. Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitiri, jangan dilupakan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik sama ada di dalam dan di luar negara khususnya mereka yang berada di Palestin, Syria dan Mesir. Semoga kita tidak putus mendoakan agar mereka tabah dan beroleh kemenangan.

Bagi umat Islam di Malaysia, khususnya para belia, diharapkan agar peristiwa dan cabaran yang berlaku dalam bulan Ramadhan pada tahun ini dapat dijadikan satu pemangkin untuk peningkatan jati diri serta kesatuan ummah tanpa mengira blok politik agar kedudukan dan kemuliaan Islam di tanah air yang tercinta ini dapat diperkuatkan. Akibat daripada kelemahan dan perpecahan umat Islam, kita telah melihat bagaimana satu demi satu perkara yang mencabar umat Islam terus ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam yang berusaha untuk mencairkan identiti umat Islam di negara ini.

Hanya dengan kesatuan ummah yang kuat jati dirinya dapat menjamin kedaulatan Islam dan seterusnya membawa rahmat kepada sekalian alam. Semoga kita dapat mencontohi para sahabat Rasulullah saw yang begitu ikhlas dan bersemangat berjuang pada usia muda hingga ke akhir hayat dalam menegakkan agama ini.

Akhir kata  selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dan semoga Allah menerima segala amalan kita.

Taqaballahu minna wa minkum.

M

 

 

 

 

 

 

Mohd Hafez bin M Yusuf

Pengerusi PEMBINA Negeri Sembilan.

 

 

Posted on 6 August 2013, in Minda Pimpinan, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: