KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN: KEFAHAMAN ASPIRASI PENGUKUH ORGANISASI


1234526_518123544924403_717634070_n

Seremban – Training of Trainers peringkat Negeri Sembilan telah selamat dijalankan pada 31 Ogos 2013 sehingga 1 September 2013 yang lalu bertempat di Pejabat ISMA Seremban, Negeri Sembilan. Kursus yang diberi nama sebagai Kursus Induksi Kepimpinan 2013 (KIK’13) ini juga merupakan anjuran tahunan PEMBINA Negeri Sembilan di bawah Unit Latihan dan Kepimpinan.

Kursus bermodul ini berobjektif memberi latihan kepimpinan, kefahaman dan seterusnya menyediakan para peserta sebagai aktivis PEMBINA yang produktif, efisien dan mapan di lapangan masing-masing dalam konteks pengurusan organisasi dan juga modal insan.

KIK’13 ini telah disertai seramai 47 orang aktivis PEMBINA yang terpilih yang juga merupakan mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Uniti dan juga beberapa kawasan dari sekitar Negeri Sembilan. KIK’13 kali ini juga berfungsi bagi menguji sejauh mana kefahaman aktivis mengenai aspirasi yang diketengahkan oleh PEMBINA di samping menjadi satu platform bagi para aktivis menambah kefahaman dan seterusnya menjadi titik tolak untuk para aktivis lebih giat untuk beraktivisme di ipt dan lapangan masing-masing.

DSCN3244

Kursus yang berlansung selama dua hari ini menampilkan pembentangan daripada saudara Aiman Faudzi (JK Kajian PEMBINA), Saudara M.Hafez Yusuf (Ketua Cawangan PEMBINA Negeri Sembilan), Saudara Usamah Izer, dan Saudara Hafidz Yusuf.

Di akhir kursus ini, para aktivis diingatkan agar dapat beraktivisme melalui penglibatan yang positif dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara di samping berusaha untuk membentuk jati diri sebagai seorang belia Muslim yang cakna terhadap isu nasional khususnya.

 

 

Disediakan oleh:

Norimah Yusoff,

JK Media PEMBINA Negeri Sembilan.

Posted on 6 September 2013, in Berita Ahli. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: