Pemuda Aset Agama


Image

Generasi muda adalah aset penting sesebuah negara dalam rangka memacu kearah negara yang sejahtera. As-syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata bahawa “sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.”

Justeru atas kesedaran itu, ikon yang akan dibicarakan ini merupakan seorang pemuda yang telah menggunakan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)  sebagai platform untuk beliau aktif dalam menyampaikan dakwah dan mengerahkan seluruh kudrat beliau untuk kemaslahatan ummah. Masa yang ada sentiasa digunakan untuk mencari jiwa-jiwa baru untuk diajak bersama ke arah kebaikan. Beliau ialah saudara Muhammad Mabrur bin Ahmad, memegang jawatan sebagai bendahari PEMBINA cawangan Negeri Sembilan, juga sebagai Unit Pengurusan Sumber Manusia(PSM) PEMBINA kawasan Seremban.

Beliau merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik-beradik kepada pasangan Ahmad bin Hj Puteh Othman dan Noorsila bte Abu Bakar. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Menceritakan sisi peribadi beliau, pemuda berumur25 tahun ini seorang yang periang dan sentiasa memastikan aura keceriaan terpancar di wajah sahabat-sahabatnya. Ini menjadikan beliau seorang yang mudah mesra dan senang didekati.

Graduan Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Kepujian, Matematik Kewangan ini bergiat aktif dan komited dalam membentuk jiwa-jiwa muda yang ingin kembali kepada kehidupan  Islam yang sebenar.  Apabila ditanya mengenai PEMBINA, saudara Mabrur menyatakan bahawa PEMBINA mempunyai matlamat yang jelas dalam memahami aspek menyampaikan kesedaran Islam yang tulen kepada para belia. Tamabah beliau lagi, PEMBINA turut menggunakan pendekatan aktiviti untuk memastikan perubahan yang dibawa oleh generasi muda selaras dengan kehendak Islam semata-mata.

Nasihat beliau kepada pemuda dan pemudi diluar yang kebanyakannya masih di dalam keadaan alpa dan lalai agar  bersama dan bersedia untuk membina, mempersiapkan dan menghiasi roh dan jasad muda mereka dengan peribadi yang unggul sebagai seorang pemuda Islam.

Posted on 14 April 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: