FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA(FMFA) – MEDAN MUHASABAH


  Sejujurnya penulis yang masih lagi sedang menuntut di alam universiti,merasakan tidak layak untuk memperkatakan perkara ini kerana menyedari bahawa diri ini bukanlah seorang artis yang berkecimpung dalam dunia hiburan, bukan juga seorang ulama’ yang menjadi penyinar dalam kegelapan, tetapi hanyalah seorang insan biasa yang serba kekurangan. Penulis merasakan,tidak mungkin artikel ini akan tersiar, tanpa galakkan dari seorang naqib usrah yang penyabar dan niat penulis yang menulis semata-mata ingin memohon Rahmat dari Allah Yang Maha Besar.

  Future Music Festival Asia atau singkatannya FMFA merupakan festival muzik terbesar di rantau Asia yang dihadiri barisan artis-artis antarabangsa yang ternama. Festival-festival seumpama ini semakin digemari oleh sebahagian besar generasi muda yang boleh dikatakan kehilangan identiti diri mereka itu sendiri. Penulis tidak ingin mengulas lanjut akan sikap ketidak prihatinan atau ketidak sensitifan pihak penganjur dalam mendepani tragedi MH370 yang sedang melanda negara kita.Sekadar komentar ringkas,bagi penulis, pihak yang terlibat ini sebenarnya ‘buta’ mata dan hati. Masing-masing lupa, leka dan lalai daripada menyedari hakikat,bahawa diri merupakan seorang hamba kepada Yang Maha Satu.

   Lambakan program-program hedonisme sebegini kelihatannya bercambah umpama cendawan tumbuh setelah bumi disirami air hujan yang melimpah. Pihak-pihak berwajib seakan-akan sanggup mengorbankan pemuda dan pemudi yang merupakan aset negara demi mencapai keuntungan yang berlipat ganda! Apalah guna keuntungan itu jika nak dibandingkan dengan nasib negara yang tergadai. Teringat penulis kepada kata-kata Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, “Seandainya kamu mahu lihat masa depan negara kamu,maka lihatlah akan generasi muda masa kini”. Sanggupkah kita melihat masa depan negara tergadai dek kerosakan akhlak pemuda dan pemudi negara yang juga merupakan akibat dari ‘tangan-tangan jahat’ kita sendiri? Fikir-fikirkanlah.

   Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi slogan “Wawasan 2020” dikumandangkan. Hatta ke hari ini. Penulis juga turut mengimpikan bahawa gagasan pemikiran Perdana Menteri keempat itu berjaya direalisasikan. Namun penulis pasti bahawa wawasan tersebut tidak akan mampu di realisasikan ataupun bertahan lama, sekiranya,akhlak pemimpin dan rakyat terutamanya generasi muda punah dan rosak. Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran dari Tamadun Yunani dan Tamadun Rom? Masing-masing mekar dan gah di zamannya namun akhirnya jatuh dek kerana kerosakan akhlak pemimpin dan rakyatnya itu sendiri. Perkara ini juga berlaku dalam Tamadun Islam itu sendiri. Lupakah kita dengan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyyah? Ya, kerajaan ini juga jatuh kerana rosak akhlak rakyat seiring dengan rosaknya akhlak pemimpin. Sejarah ini akan terus berulang,berulang dan berulang lagi seandainya manusia tidak mahu mengambil pelajaran.

   Kekuatan sesebuah negara,terletak pada anak muda itu sendiri. Islam tidak menyekat manusia untuk berhibur kerana Islam itu sendiri agama yang menyukai keindahan. Namun, setiap perkara ada batasnya. Sebagai anak muda yang mengimpikan masa hadapan Malaysia yang sejahtera, ayuhlah bersama,bangun! Bangkitlah! Setiap daripada kita mempunyai peranannya.

 

‘’Tegakkan Islam di dalam diri kamu,maka akan tertegaklah Islam di dalam negara kamu’’ (Imam Hassan Hudaibi)

 

  Di kesempatan ini juga penulis merakamkan ucapan takziah dan simpati pada waris-waris enam individu tersebut. Semoga Allah mengasihani roh-roh mereka semua. Bagi yang masih hidup, jadikanlah pengajaran. Penulis memohon maaf seandainya terdapat bahasa yang kurang enak digunakan sepanjang penulisan rencana ini,juga sekiranya penulisan ini tidak memenuhi hasrat sidang pembaca.Walaubagaimanapun,penulis mengharapkan mudah-mudahan artikel ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan diri-diri yang masih lena dibuai mimpi.

   Bersamalah kita renungi firman Allah:

   Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka,dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak di antara mereka menjadi  orang-orang fasik (Surah Al Hadid :16)

   Akhir kalam,Jaga Allah, Allah jaga kamu

 

Andy Zulfauzan

Aktivis PEMBINA Negeri Sembilan

Nama pena penulis adalah Andi MZ dan penulis merupakan pelajar kursus Fiqh Fatwa di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM. 

 

Posted on 21 April 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: