Pemuda Harus Sedar


 

ImageFirman Allah s.w.t dalam surah an-Naziaat ayat 40 hingga 41 yang berbunyi: “Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri mereka dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya”. Ayat ini menjadi kekuatan kepada tokoh kali ini iaitu Khairunnisa bte Ramli. Beliau merupakan anak kepada pasangan Ramli bin Sulong dan Norizan bte Ali.

Mesra digelar dengan nama Nisa, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam PEMBINA antaranya  JK Aktivisme Mahasiswa PEMBINA USIM(2011), JK Penerangan PEMBINA Cawangan Negeri Sembilan(2012), dan sekarang sebagai Ketua Beliawanis PEMBINA Cawangan Negeri Sembilan.

Beliau merupakan graduan daripada Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Bioteknologi Makanan. Anak sulung daripada lima orang adik-beradik ini telah menunjukkan sikap bertanggungjawab pada diri beliau saat melakukan kerja-kerja dakwah. Menurut beliau, walau tidak dijanjikan dengan harta dan wang ringgit, keyakinannya terhadap jalan tarbiyah ini tidak pernah luntur kerana sesungguhnya janji Allah adalah lebih membahagiakan.

Sesuai dengan namanya, pesona ketenangan dan kelembutan yang ada pada beliau telah berjaya memikat dan mentarbiyah hati-hati yang jauh daripada Islam. Bertanya pandangan beliau mengenai PEMBINA, beliau menyatakan bahawa Persatuan Belia Islam Nasional merupakan persatuan belia yang jelas dengan agenda yang ingin dibawa dalam membangunkan jati diri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul (menyeluruh).

Nasihat beliau kepada pemuda dan pemudi, “wujudkan kesedaran dalam diri masing-masing bahawa pemuda merupakan satu jasad yang sangat berharga untuk agama, bangsa, negara dan keluarga. Kehebatan sesebuah negara dan kegemilangan agama Islam diukur dengan melihat peribadi pemudanya.”

Posted on 29 April 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: