Jadual Kehidupan Mahasiswa Muslim


pengurusan masa 1

Mahasiswa sering kali mengeluh tentang kesempitan masa. Pelbagai tanggungjawab yang diberikan daripada segi kerja kursus, kelas dan lain-lain sering menjadi alasan paling utama atas kesibukan mahasiswa. Masalah kesempitan masa ini tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mahasiswa menceburkan diri dalam aktivisme mahasiswa. Oleh itu beberapa penyelesaian dan anjuran pengurusan masa diberikan disini untuk iktibar semua.

1)      Menetapkan set minda yang betul

Sebelum dapat menyusun jadual kehidupannya, satu persoalan utama yang harus dijawab mahasiswa adalah apa tujuan hidupnya? Mahasiswa manakah yang dapat menjamin bahawa dia masih hidup pada tahun terakhir pengajiannya? Bahkan tiada siapa yang dapat mengatakan dengan yakin yang esok dia masih lagi bernyawa. Berita tentang mahasiswa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika masih dalam pengajian acapkali kedengaran adalah perkara yang amat menginsafkan.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” – Surah Al-Baqarah: Ayat 30

Allah swt telah menerangkan kepada manusia dengan jelas di dalam alQuran akan tujuan penciptaan mereka iaitu untuk menghambakan diri kepada Allah serta menjadi khalifah di bumi. Oleh itu, mahasiswa juga perlu meluangkan masa untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain hanya untuk dirinya sendiri. Malah, perihal ini tidak boleh ditangguhkan sehingga selepas habis pengajian kerana kita tidak tahu adakah kita dapat hidup sehingga habis pengajian. Sedangkan tanggungjawab khalifah sudah ada pada kita dan kita akan dipersoalkan tentangnya di hari akhirat.

“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)? – al Qiyamah: 36”

2)      Menyediakan jadual kehidupan

Apabila sudah jelas akan tujuan kehidupan, perkara seterusnya ialah melakukan perancangan untuk mencapai tujuan tersebut. Alangkah ruginya jika saat –saat dalam kehidupan kita berlalu tanpa terisi dengan perkara yang boleh mendekatkan kita dengan tujuan hidup kita.

 

Pengurusan masa 2

Perancangan masa yang tidak memenuhi tujuan kehidupan mahasiswa muslim.

Mahasiswa muslim perlu memastikan masa mereka terancang dengan rapi agar cemerlang dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai pelajar dan sebagai khalifah. Kayu ukur yang biasa digunakan untuk menilai sifat kecemerlangan sering diungkapkan dalam bentuk 10 sifat individu muslim:  akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, sihat tubuh badan, sangat menjaga masa, luas pengetahuan, akhlak yang mantap, tersusun urusannya, mampu berdikari, melawan nafsu dan bermanfaat kepada orang lain.

Susunan masa perlu diperuntukkan untuk akademik, riadah, penambahan ilmu pengetahuan luar akademik, membina hubungan dengan keluarga dan masyarakat serta untuk projek-projek amal.

 

pengurusan masa 3

Contoh terbaik: Jadual kehidupan yang ditemui bersama dua orang assyahid di medan Rabaa.

Contoh penyusunan masa seorang mahasiswa muslim, diambil daripada buku nota yang dijumpai pada dua orang assyahid dalam kejadian di kudeta di Mesir (Gambar atas). Jadual dibawah merupakan terjemahan bagi nota tersebut.

 

Ibadah 23 jam Solat, quran, qiyam, ziarah sanak saudara dan rakan kuliah, zikir mathurat
Riadhah 8.5 jam Riadhah harian, gym
Intelektual 78 jam Membaca (14 jam), study (28 jam), kelas (22 jam), blogging (1 jam), kelas tambahan (6 jam), facebook dan berita (7 jam).
Tidur 35 jam 5 jam sehari sahaja
Dakwah 7 jam liqa’ usrah dan lain lain
# tambahan mesti kosongkan 14 jam dalam seminggu untuk makan, minum dan masa dalam kenderaan

 

Untuk memulakan penyusunan waktu, bina sebuah jadual dengan satu kolum untuk setiap hari dan baris untuk setiap jam dalam sehari. Gunakan kod-kod warna untuk memudahkan anda mengenal pasti subjek dan aktiviti yang perlu dilakukan. Pastikan jadual kehidupan anda dapat memastikan anda mencapai tujuan kehidupan.

 

pengurusan masa 4

Contoh jadual kehidupan mahasiswa muslim.

Memasukkan amalan harian dalam jadual kehidupan anda akan memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul dalam jalan mencapai tujuan kehidupan. Amalan harian ini bagi mahasiswa harus merangkumi aspek akademik, sosial, jasmani dan rohani.

3)      Kalah tempur bukannya kalah perang

Perkara terakhir selepas adanya matlamat dan perancangan adalah istiqamah dalam perlaksanaan. Memang normal untuk kadang kala kita akan terlupa untuk mengikut jadual yang telah dibuat. Tetapi degilkan diri untuk mengikut jadual itu walaupun sudah beberapa hari kita tidak berjaya mengikut jadual. Ingatlah, kalah tempur tidak bermankna kalah perang. Jika sehari kita kalah bertempur dengan nafsu dan gagal mengikuti jadual, kita masih perlu tetap dengan perancangan agar akhirnya kita dapat menang dalam peperangan untuk mengibarkan bendera kejayaan di destinasi tujuan kehidupan kita. Tanamkan keseriusan dalam penjagaanwaktu dan mohonlah agar usaha kita menjaga waktu akan dipandang Allah dan dibalas dengan keberkatan dalam setiap urusan.

 

Afiqah  Hamzah

Ketua Beliawanis

PEMBINA Cawangan Melaka

 

Sumber: http://pembinamelaka.com/v1/2014/03/05/jadual-kehidupan-mahasiswa-muslim/

Posted on 5 June 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: