MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KALI KE 3


GMBR

NILAI, 28 Dis- “Hakikat penciptaan kita di dunia ini adalah untuk menjadi pemimpin”

Demikian menurut Pengerusi PEMBINA cawangan Negeri Sembilan, Mohamad Riduan Muhammad, di dalam ucapan beliau di dalam sesi ucapan Ketua Cawangan sesi 2015/2016 pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan yang bertempat di Masjid Putra Nilai semalam.

“Inilah PEMBINA, yang menjadi pemimpin untuk masyarakat dalam memperjuangkan kedaulatan Islam.

“Kita perlu faham hala tuju kita dalam perjuangan ini. Sekiranya kita tidak mengikut landasan sebenar seperti perjuangan idola umat Islam, Nabi Muhammad SAW, kita tidak akan pergi jauh.”

Berucap dihadapan kira-kira 65 orang ahli, beliau juga turut menyeru agar ikatan ukhuwah antara ahli PEMBINA terus bertaut kukuh dalam mengharungi bermacam ancaman yang datang bertalu-talu dari pelbagai sudut.

Dengan mengambil contoh sahabat Nabi yang lebih mengutamakan sahabat yang lain walaupun diri sendiri memerlukan di dalam perang Badar, Muhammad Riduan berharap agar ukhuwah yang hebat itu dapat dijelmakan di dalam gerak kerja PEMBINA juga dalam usaha untuk melancarkan kerja-kerja dakwah.

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan PEMBINA N. Sembilan yang dirasmikan oleh Ustaz Zamani Ibrahim, Yang DiPertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seremban menyaksikan kepimpinan jawatankuasa baru yang diterajui oleh Encik Mohamad Riduan Muhammad sebagai Pengerusi, dibantu oleh Encik Mabrur Ahmad, Puan Khairunnisa Ramli Ketua Beliawanis,  Setiausaha Agung, Cik Fitriyah Ayob dan Bendahari, Encik Elkamel Elias.

Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah penyampaian anugerah khas MATC yang mana PEMBINA cawangan Kuala Pilah telah dinobatkan sebagai PEMBINA Kawasan Terbaik. Sementara itu, bagi anugerah tokoh Mahasiswa diberikan kepada saudara Muhammad Ashraf Amran, anugerah tokoh Mahasiswi diperoleh saudari Siti Nurunnajwa Shamsuddin, anugerah tokoh Belia disandang oleh saudara Mohd Nizam Md Saad dan tokoh Beliawanis diberikan kepada saudari Khairunnisa Ramli.

Disediakan oleh;

Nur Fardhilah binti Mohamad Nor

AJK Media PEMBINA Negeri Sembilan

Posted on 30 December 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment