Hebahan: Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009


Salam Aidil Adha 1430H


Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah


Ramai daripada kita yang telah maklum akan kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum akan kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.” Para sahabat Baginda bertanya: ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?” Ujar Baginda: “Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

Imam Ahmad r.a. meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).”

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan daripada Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan pada 10 hari-hari pertama Zulhijjah:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini, di antaranya sabda Nabi s.a.w: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

Read the rest of this entry

Hebahan: Seminar Pengurusan Kewangan & Keusahawanan


BBQ Gathering PEMBINA Nilai Motivasikan Belia Hadapi Peperiksaan


Nilai, 30 Oktober – Alhamdulillah, PEMBINA Cawangan Nilai telah berjaya melaksanakan Program BBQ Gathering Bersama Belia yang bertempat di Baitud Dakwah, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai.  Program yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan belia ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran mencecah 40 orang tetamu. Di samping itu, aktiviti ini menjadi platform untuk para belia merehatkan minda seketika sebelum mengharungi ujian peperiksaan yang akan menjelma.

Acara bermula dengan kata-kata aluan daripada saudara Mohd Nor Adzim Shaari sebagai tuan rumah, merangkap Setiausaha PEMBINA Nilai. Beliau dengan berbesar hati menyambut kehadiran semua tetamu yang hadir pada malam tersebut. Seterusnya, para tetamu dijamu dengan hidangan halwa telinga menerusi slot tazkirah yang telah disampaikan oleh Dr. Noor Azizi Ismail (pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, merangkap Ketua Program Pendidikan, USIM) dan Ustaz Mohd Azizee Hasan (Yang Di-Pertua ISMA Seremban).

Melalui perkongsian mereka, Dr. Noor Azizi dan Ustaz Azizee mengingatkan para belia bahawa dalam kehidupan ini sentiasa ada ujian yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk menguji kita, sebagaimana tujuan peperiksaan di sekolah atau universiti. Selain itu, mereka juga diseru supaya belajar bukan semata-mata untuk memperolehi ilmu, tetapi matlamat utama menuntut ilmu adalah mengejar keredhaan Allah swt dan untuk menterjemahkannya kepada amalan. Selesai hidangan halwa telinga, hadirin dijamu pula dengan juadah BBQ yang menyelerakan.

Read the rest of this entry

Pimpinan PEMBINA dari Seluruh Negara Bertemu dan Bermuzakarah


Gombak, 24 Oktober – PEMBINA telah mengadakan Muzakarah Pimpinan PEMBINA (MPP) 2009 di sini yang berobjektifkan penilaian perjalanan aktivisme PEMBINA di seluruh negara dan perancangan langkah ke hadapan. Muzakarah ini telah dihadiri oleh 42 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PEMBINA dari seluruh negara, di mana PEMBINA Negeri Sembilan telah diwakili oleh 4 orang perwakilan.

Majlis telah bermula kira-kira jam 9 pagi dengan pembentangan laporan aktivisme cawangan-cawangan PEMBINA.  Secara keseluruhannya, PEMBINA telah mencapai perkembangan positif dari segi penggarapan ahli dan sukarelawan serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik golongan belia. Ini diikuti dengan pembentangan Strategi dan Kerangka Halatuju PEMBINA 2010 oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Azmi Tohiran. MPP 2009 kemudiannya berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengahari.

Sekembalinya dari rehat, muzakarah sebelah petang diteruskan dengan sesi dialog yang memberi peluang kepada para pimpinan cawangan-cawangan PEMBINA untuk melontarkan pandangan dan komen terhadap Strategi dan Kerangka Halatuju yang telah dibentangkan sebelumnya. Sesi ini juga memberi peluang kepada para perwakilan untuk berhubung terus dengan JKP PEMBINA bagi merungkai sebarang kemusykilan yang ada dalam pelaksanan aktivisme.

Dr Kamil menyatakan rasa puas hati beliau dengan komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh para pimpinan cawangan yang telah hadir untuk sesi satu hari ini meskipun datang dari tempat-tempat yang jauh seperti Kelantan dan Perlis. Beliau yakin seandainya komitmen sebegini dikekalkan, insyaAllah PEMBINA akan mampu melaksanakan visinya untuk menjadi organisasi pemacu aktivisme belia khususnya mahasiswa yang mesra masyarakat.

Read the rest of this entry

Selamat Menempuhi Peperiksaan!!!


Selamat Menempuhi Peperiksaan

Design a site like this with WordPress.com
Get started